Tuesday, March 8, 2011

tempoyak + durian . heh ?

sape sini suka makan durian ? sila angkat tangan macam Usop. *meliang liuk* haha . tapi maaf , saya taksuka makan durian . :( hah , kenapa saya buat post pasal durian kalau saya taksuka? sebab saya suka-suka. haha . takde la , sebenonye teman nie minat bebeno le dengan tempoyak , cuma yang menjadi persoalannya tempoyak tuh datangnya dari durian . padahal nak hidu bau durian pon teman nak naik muntah , macam mane boleh ketagih dengan tempoyak? anda boleh bagi jawapan pada saya ?


teman boleh jadi seriau la bile nengok durian nie , rasa naik semua bulu-bulu roma .


saya naik pelik dengan perangai saya nie. katakan TIDAK pada durian , dan katakan YES pada tempoyak. siap boleh hirup lagi la kuah tempoyak ikan patin tuh. uishh . sedapp woooo :P ramai orang gelakkan saya sebab taksuka makan durian. *apalah kau nie , punye sedap durian ni kau boleh tolak , memang tolak tuah betul.* *lahh , awat kau taksuka makan durian? bukan femes ke durian kat tempat kau?* ok. itu memang fakta . tapi saya memang anti durian . tanya lah ibu kesayangan saya , dia tau la macam mane muka saya bila tengok diorang berhenti sebab nak beli durian. siap boleh tukar kereta dengan orang lain la sebab taknak hidu bau tuh. haha . tapi kalau melibatkan tempoyak , boleh merajuk la kalau dah beli tempoyak hari ahad tapi nak masak hari isnin. serious tak tipu. huhu. gulai tempoyak belum masak lagi ni , dah siap pegang cawan kat tangan sebab nak hirup kuah dia. huyo , dapat plak ikan patin masak tempoyak , perghh . meleleh-leleh air liur ni sampai kat tengkuk. berapa kali jangan nak cerita la , daripada setengah periuk boleh tinggal suku je la. haha .




ada plak pe'el sorang nie plak , punye anti dengan tempoyak tapi bila nampak durian , sampai dengan biji-biji dia nak gigit kalau boleh . bila jumpa orang macam ni , rasa nak marah je . asal kau taksuke dengan tempoyak hah? punya sedap tempoyak tuh ko boleh anti plak. ish , tolak rezeki betol. -.-

*ewah kau nana , cakap orang lebih. kauu tuh patut tengok dulu , ayat tuh patut bagi kat kau sebab kau taksuke kat durian. nie nak marah orang taksuke kat tempoyak plak. aku tempik baru tau.*

okay. sorry sorry. taknak cakap dah -.- *itupun nak marah-marah.*

so sesapa boleh bagi jawapan tak kenapa orang boleh taksuka kat durian tapi minat kat tempoyak , and kenapa orang boleh suka kat tempoyak tapi tak minat dengan durian? padahal tempoyak tuh asalnya daripada durian jugak kan. isi dia memang isi durian , bukan nye isi rambutan ke ape ke. and kalau makan secara mentah pon tetap rasa durian kan , tapi kenapa orang yang suke tmpoyak tuh kadang-kadang ada yang taksuka durian? siap boleh alah lagi kalau nampak durian. menjadi persoalan disitu ye ?

saya mungkin la boleh jawab sikit , mungkin sebab isi durian tuh dah disimpan beberapa hari sebelum menjadi tempoyak sebab tempoyak pon kinda masam jugak , tak macam durian . tapi kadang-kadang saya makan tempoyak mentah pun ada rasa durian jugak tapi saya bedal je sebab saya suka tempoyak bukan durian . and perkataan dia pun berbeza kan ? okay , itu memang LAMEEEEEE. :)

p/s : teringin nak rasa durian , tapi bila pikir kes kecik-kecik makan durian sampai sekarang terasa macam mana rasa tak sedapnye durian . maaf la kepada pencinta durian , saya takboleh la . sorry :(

2 comments:

Habibah said...

haha..tempoyak? tak pernah makan..nak try sikit boleh? :p

nana saharuddin :) said...

tkpernah? rugi kot , sedap sangat :P nak try ? moh ke perak , nanti nana buat tempoyak ikan patin spesel utk habibah :)