Thursday, March 10, 2011

tips untuk kurus .

sape-sape kat sini yang memang dah kurus ? hah , dan sape plak yang kat sini yang nak jadi kurus macam saya ? ok. ramai . so boleh la post pasal tips nie :)

bangun pagi-pagi.

yang nie memang korang kena buat sebab kajian mengatakan kalau bangun pagi nie boleh menyegarkan badan dan sekaligus boleh menyihatkan badan korang . hello , takkan nak kurus je ? mesti nak sihat jugak kan , kalau kurus tapi banyak penyakit kat dalam , ape point jadi kurus ? tapi jangan la setakat bangun pagi je , buatla aktiviti apa-apa. lepas bangun tuh , keluar rumah hirup udara pagi. serious segar gila. sambil tuh , kalau rumah korang nie ada halaman keliling rumah try la berlari-lari anak *bukan lari dengan anak-anak ok* dua tiga round ke , bagi kuar peluh sikit. confirm mesti lepas tuh muka korang akan nampak cahaya nur nye . haha . nanti kalau keluar pergi jalan-jalan time malam , takpayah guna lampu jalan dah . muka korang dah bolehh menghiasi jalan-jalan yang korang lalu. ok . tuh nampak sangat menipu.

jangan terus baring selepas makan

tak kisah la makan apa , makan pagi ke makan tengah hari ke . tolong jangan nak baring-baring ke nak sandarkan badan kat katil ke. SAMA SEKALI DIHARAMKAN DARI MEMEGANG KATIL SELEPAS MAKAN. tau la dah penat mengunyah nasik kan , tapi dah tau namanya lepas makan jangan la nak menggatal pergi baring-baring la . kalau nak tengok tv , berdiri depan tv ke kalau takde sape kat belakang ataupon berdiri la celah sudut mana yang korang nak asalkan nampak kelibat si TV tuh then korang berlari setempat . jangan la ambik masa yang lama , just 10 minit macam tuh ke . tapi jangan la lepas makan tuh terus nak berlari , boleh muntah isi yang korang makan tuh . korang nak duduk kejap pon boleh , tapi JANGAN baring . itu je. kalau korang dah terlebih makan , korang boleh neutralkan balik dengan cara lari setempat . takpayah lari laju-laju la sayang oit. macam biasa je. kalau korang amalkan , insyalahh berat badan korang akan sentiasa maintain gitu . :)

bawak-bawakkan bersenam

yang nie pun memang digalakkan untuk semua orang , bukan untuk orang yang nak kurus je . tengok iklan jantung yang baru tuh tak? berapa orang kat malaysia nie dijangkiti menghidap penyakit jantung? so dah boleh la bawakkan bersenam okay? takpayah nak buat senaman yang teruk sangat la , macam yang saya cakapkan tadi , berlari-lari anak keliling rumah beberapa round pun dah dikatakan bersenam . asalkan keluar peluh . kalau anda tu ada kerajinan yang tinggi , pergilah joging dekat taman rekreasi ke ape ke. kadang-kadang kan ade kemudahan untuk bersenam kat situ kan? hah , sambil menyelam sedut-sedut la sikit air tuh . apa salahnya untuk kebaikan diri kita sendiri jugak kan? kalau korang selalu buat benda nie , lemak-lemak yang ada kat badan tuh sure akan undur diri dari hidup korang . percayalahh *background lagu siti nurhaliza*

makan sedikit tapi kenyang

kalau sebelum nie korang pulun dua tiga pinggan time tengah hari , sepinggan time malam , sepinggan setengah time pagi , memang tak dinafikan la geng lemak sedunia akan datang dalam badan korang tuh. cuba kali ni korang praktikkan "makan sikit tapi kenyang." sape kate makan sikit tak kenyang? boleh je. tapi pastikan lah makanan yang korang ambik tuh cukup khasiat dan cukup seimbang untuk diri korang . satu pinggan tuh , korang letak nasik satu cawan , sayur suku pinggan , ikan goreng seketul , buah dua tiga ketul , letak la kuah ape je yang korang nak. nak tambah daging ke ape ke boleh tapi jangan banyak. hah , try makan. kenyang , saya tak tipu. sebab bahan-bahan yang ada dalam satu pinggan makanan yang saya cakap tuh cukup untuk beberapa jam sebelum korang makan petang ke ape ke. dan sekaligus boleh menyihatkan badan korang tuh . nie kalau setiap kali makan , nasik satu gunung , ikan goreng , ayam goreng , sayur taknak plak letak. segala macam benda goreng kalau boleh korang nak sumbat dalam pinggan tuh. pastu dessert plak lagi , aiskrim la itu la ini la. ish . taknak lagi banyak ke? huhu. memang first-first perut korang susah nak terima makanan yang sikit , tapi lama-lama dia akan mula serasi dengan apa yang korang makan . so bila dah serasi , korang nak makan banyak pun korang rasa takde selera. :)

memasak

korang pernah memasak? best tak? sape yang pernah masak tuh mesti tau macam mana rasa penatnye memasak. hah , itu pon boleh jadikan senaman tuk korang yang nak kurus. bila korang kacau punye kacau punye kacau bila time masak , otot-otot kat tangan korang akan jadi mengecil. haha . yela , mesti la bila kacau kuah tuh kena selalu kan? *paham ke ape yang saya cakap nie?* kita pon selalu gunakan tangan untuk memasak , so pada sesape yang rasa tangan dia lagi besar boleh la rajinkan diri jenguk dapur tolong mak. serious boleh keluar peluh , takpayah nak pergi sauna dah . duduk je depan kuali dh ada wap percuma . peluh pun keluar , penat pun penat :) *ok. tips nie macam tak menjadi je.* haha


actually , dah takde idea nak bagi tips ape. tadi macam berduyun-duyun idea datang , tapi bila dah tulis terus idea pergi senyap-senyap. jahat tau. nanti kalau ade tips , saya bagitau lagi ye ? :)
sampai disini saja . see yaaa :)

p/s : sebenarnya tips-tips kat atas nie saya takpernah buat , tanya my baby. dia taula. haha . :P


much love ,

No comments: