Wednesday, February 16, 2011

1 litre of tears .

saya sebagai budak "Sekolah" yang bercuti selama 3 bulan inginlah memanfaatkan cuti saya dengan melayan movie-movie yang ada dalam hard disk saya . setelah diteliti satu persatu , saya memutuskan untuk melayan cerita jepun , 1 litre of tears.

ok. sumpah formal gila. berbalik kepada ayat biasa.

aku dh tgk since hari isnin lepas , taknak banyak plak kan episod dia . tapi setiap episod mst nak nangis-nangis. taksuke betol mcm nie. huhu. tp serius , cerita dia sgt sdih. percaya la.

cerita nie based on true story la. mengisahkan tentang seorg budak perempuan Ikeuchi Aya . umur 15 tahun , dia ada penyakit "Spinocerebellar Degeneration". bayangkan dalam usia semuda tuh , dia kena pergi hospital banyak kali , jalani pemeriksaan , exercise bagai tapi last2 semua tuh tak berhasil sbb penyakit dia makin lama makin berkembang . so , dia luahkan semua perasaan dia dalam diari. apa yg dia rasa , sedih , putus asa. tp dia takpernah putus asa. sbb dia dapat sokongan daripada kawan dia , family dia , boyfriend dia. aww. boyfriend dia sumpah caring . sanggup defend diri dia waktu semua orang bercerita yg buruk pasal dia. ohh , so sweet. huhu.

apa yg aku bangga pasal budak nie sbb semangat dia kuat untuk teruskan hidup dia walaupun dia tahu jangka masa untuk dia habiskan hidup tak lama. dengan masa2 yang ada , dia habiskan dengan tulis diari. and semua ayat2 dia dlm diari sangat mmberi semangat kot.

"LIVE ON FOREVER."




aku try bayangkan diri aku dalam situasi dia. aku rasa aku dah terbongkang baring atas katil , tggu masa nak amik nyawa je. sbb kita dh tau yg kita takkan hidup lama lg kan ? tp kesian la bila dia dapat tau yang dia dah susah nak bercakap , susah nak berjalan , kena pakai kerusi roda. and setiap kali org tolong dia , dia mst akan ckp , "I'm sorry . I'm being a burden to everyone." ohh. sumpah sedih.

tapi semangat budak nie kuat sangat . atleast sepanjang kehidupan dia , dia dah cuba buat yang terbaik untuk beri kepuasan dalam hidup. sbb dia ada family , boyfriend yang sentiasa ada disisi dia. dan doktor yang selalu bantu dia. kehidupan dia lebih kat diari , sebab semua isi hati dia , dia luahkan dalam diari. smp dia mnx putus dgn boyfriend dia pon melalui pen , bukan percakapan .

serius kagum dengan cerita nie. sangat menyayat hati. masa dia mati tuh , sangat kesian. semua org yang kenal dia , datang kubur dia. bawak bunga , sbb dia ada cakap , "I want to sleep amongst a lot of flowers." so , apa yg dia hajatkan tuh jadi kenyataan . rasa beratus2 jugak la org datang ziarah dia. mencurah2 jugak la air mata aku masa tgk dia mati tuh. mak ayah dia pn dh tua dh. kira dia terseksa selama 10 tahun . lama kot. hurmm.

cerita ni banyak bagi pengajaran kat aku. untuk kita yang hidup , jangan la gatal-gatal nak sia-siakan ape yang ada. sbb kita taktau satu hari nanti , ape yang akan jadi kat kita . hidup ke sakit ke . so , hargai la setiap saat kehidupan kita . jangan nak buat benda-benda tak berfaedah . tgk macam dia , teringin sgt nak masuk U macam kwn2 dia . tp dia takdpat. so , aku . kenalah rajin belajar, jangan tau nak main je . bukan senang nak masuk U nie. kalau nak pikir org lain , org lain belum tentu lagi bertuah daripada diri aku. kann ?


girl sebenar yang dimaksudkan . :(

No comments: