Thursday, April 7, 2011

berhabuk

*ambik penyapu dengan penyodok*

*sembur blog dengan febreeze anti bacteria*

*sapu-sapu habuk dalam blog sambil nyanyi lagu soley-soley*

*tangan berayun macam usop wilcha*

3 hari kemudiann...

okay done :) lama sangat tak sentuh blog nie. sangat banyak habuk dia , kalau guna vacuum pon belum tentu boleh bersih. ish ish . okay , hi kawan-kawan . *ade ke kawan aku? :(* awak semua sihat? hah ? demam ? alololo , kesiannya dia . dah makan ubat? demam kenapa? lahhh , rindu kat saya ke ? *muka bersinar-sinar* terima kasih la sebab perhatian pasal saya *mata pandang atas , tangan letak kat dada* ingat lagi ke dengan aku? lah , aku tau takde sape kenal aku. budak hingusan je ni , kalau tak update blog pun orang taktau. kankan? takpe , pelan pelan kayuh :)

so , hows my day sejak tak berblog ni? macam biasa la , rutin harian yang membosankan -.- tapi kan , malam tadi serius jari-jari ni rasa lenguh sangat , taktau kenapa. mungkin sebab rindu nak taip kat blog ni kot . tok tok tok *bunyi keyboard*

*bunyi cengkerik*

15 minit kemudian...

aku ada tengok ABPBH arituh. fuyoo , tak sangka Shaheizy Sam menang tahun ni. tak sia-sia i undi you tau , hah . lepasni bawak i drift naik kereta Teana you eh? dah janji kan? *wink wink*

cuma aku takpuas hati dengan kemenangan Fasha nak Sandar tuh . entah macam mane boleh terselit nama dia plak dalam pemenang kali ni. aku rasa aku dah banyak antar vote untuk my sis Lisa Surihani , kenapa dia yang dapat ? damnn gedixxx ! sumpah suara dia macam katak tunggu masa nak panggil hujan , rasanya suara katak lagi garau daripada suara dia. serius takpuas hati. takpe. mungkin rezeki dia. aku pun takboleh nak cakap apa-apa. jangan dia menang Bintang Paling Popular sudah la. popular dengan kontroversi bikini dia tuh ada la -.-

zizan ternyata memang best la jadi hos dalam ABP tuh. comel lote je HIDUNG dia. hehe . walaupun dikecam hebat time Maharaja Lawak harituh , dia still mantopp. sama je dengn johan , datang time lasttttt skali. comey je dengan usop wilcha tuh. pape pun , i LOIKEE jozan ! :)

dan aku disini masih gemuk dann tak kurus-kurus , aku taktau la apa liat bebeno lemak dalam badan aku ni nak keluar dpd idup aku . runsing bebeno. jenuh la aku bersenam , makan pon dah kuqhang , berat badan tak jugak turun-turun. haihh , nasib badan . ade lagi 2 bulan je ni nak balik Melaka . habislah aku dengan abe capang bila aku balik Melaka nanti , dah dicabar untuk kuruskan badan sebelum jumpe dia.. huu. baby , awak bagi saya masa lagi boleh tak? :( susah la nak halau lemak-lemak ni , hurm. hah , apa kata awak sedut lemak saya then share kat badan awk ? nak tak? mesti badan awk jadi tough gitu , hehe . kata sharing is caring kan baby :)

taksaba sebenarnya nak balik Melaka , nak masuk kelas belajar balik. otak ni dah tepu sangat dah , takde ilmu masuk. sem baru ni , aku dah berazam dh takmo ponteng-ponteng lagi. haha . dahla kena supp exam untuk Math Tech 2 , huuu. nasib tak kena repeat. itu le padahnye memonteng kelas dengan tutor dulu. kan dah jadi mcm ni. haha . taknak ulang dah , "awak" dah insaff. :)

dan yang paling penting , taksaba nak balik Melaka jumpa baby capang saya :D ngeee , rindu sama dia. rindu nak gaduh dush dush dengan dia WALAUPUN kami takpernah gaduh depan-depan. haha . HELLO , jumpa sekali sekala takkan nak gaduh jugak kot? cukup-cukup la gaduh dalam phone , time jumpe mesti nak manja-manja mesra-mesra gitu. tak gitu baby ? iloveyou and imissyou la baby :) tunggu saya tau? nanti kita pergi jalan sama-sama eh ? :D

p/s : taktau lepas nie bape hari plak baru nak update entri baru . harap maaf ya , otak saya tak banyak idea sangat :)

much love ,

Monday, March 21, 2011

begitukah cinta .



nak kata minat dengan drama melayu ni , tak la sangat tapi kadang-kadang melekat jugak la dengan drama melayu ni kalau jalan cerita dia smooth dan tak buat aku menguap bila tengok. macam cerita gemilang , aku takboleh nak paham jalan cerita dia macam mane , mungkin sebab aku tak tengok daripada mula . cuma aku superb dengan pembikinan video dia. sumpah lawa ! :) by the way , aku nak cerita sikit pasal drama Begitukah Cinta yang sekarang sedang hot bersiaran kat TV3 , pukul 7 sampai 8 malam. ini je yang aku tak berkenan , kalau dulu dah smart dah slot akasia nie start pukul 6.30 sampai 7.30 malam. sekarang dah bertukar pukul 7. sesapa yang terleka tengok drama ni , memang boleh terbabas jugak la sembahyang maghribnye . kadang-kadang tuh sanggup mandi dengan sembahyang time iklan . yelah , iklan dia tak pulak 10 minit mcm tuh. fedup nak tunggu , baik pergi mandi dulu kan? segar jugak satu badan ni. ok. sebelum aku merepek meraban kat sini , baik aku mulakan cerita aku -.-

SINOPSIS BEGITUKAH CINTA

Nazril yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana. Dua watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej.

Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.

*source = http://ezany-kun.com*

ok. dalam cerita ni aku paling menyampah dengan mak si nazril nie and sometimes dengan nenek si riana nie. eee , sakit betul hati ! hell-no la mak dia nak jodohkan anak-anak dia . si erin tuh dah dijodohkan dengan amran , and now bila amran dah belasah terajang si erin , nak salahkan amran plak. ! marah nie . huu. and aku sangat touching tengok percintaan nazril dengan riana , sangat sweet . :) cuma nazril ni ego lebih , geram plak aku. tapi takpe. yang penting si nazril ni comel. benda-benda macam ni la yang buat aku terpaku depan tv . hah , wa tak tipu. wa tak bohong . muka baik nie :) kadang-kadang tuh cinta diorang ni akan-akan cinta aku dengan Mr H.I . hehe . tuh lagi la alasan kukuh untuk aku terus duduk dan tak gerak-gerak tengok cerita ni. tapi sekarang ni aku tengah geram dengan dato' ismail sebab ajak riana kahwin even dia dah tau riana dah kawin! hey ! riana taknak kawin dengan orang tua la ! dia sayangkan nazril sangat-sangat , lagipun diorang dah ada syakir yang comel tuhhhh. ntah pape plak aku tgk , boleh plak jadi escort girl bagai. haihh , dunia dunia. macam-macam kan ? and aku taksabar nak tengok kesudahan crita nie. berapa episod je lagi nie. sabar nana sabar :)

p/s : kadang-kadang cinta nie memerlukan pengorbanan yang tinggi kan ? dan kena buang semua perkara-perkara negatif dalam diri kita . kalau tak , susah la nak teruskan hubungan :)

much love ,

Sunday, March 20, 2011

aku taksuke la !

mood untuk mengupdate blog dua tiga hari nie tergendala dua tiga hari ni sebab demam dan sedih. sobsobs. demam ni pon gatal-gatal nak masuk badan , padahal baru kena dua tiga titik hujan , dah selsema dan terus demam . taktau kenapa , sejak akhir-akhir nie antibodi aku makin tak kuat . kalau dlu , nak redah hujan lebat pun okay je . takde effect pape pun , sekarang kena sikit pun dah berdesuttt hingus keluar -.- yang bab sedih plak, sebab my baby dah balik tempat belajar so kitorang dah takbole nak webcam ! uwaaa , serius nangis malam jumaat rituh bila dia say goodbye before kitorang tidoo. huu , dah takdapat nak tengok telinga comel dia tuh. huu :(

anyway , hari jumaat tuh aku tengok jugak la final Raja Lawak 5 . antara favourite aku jugak tuh , tiap-tiap jumaat aku tengok. hehe , nak kata puas hati dengan keputusan dia pun tak jugak cuma kecewa sikit la sebab Balas takdapat jadi juara . huhu. WALAUPUN aku vote R2 , tapi aku sokong Balas. pelik kan? haha . even diorang punya lawak tuh lucah-lucah sikit , tapi diorang kelakar. esp Syuk. awatla Tom Jerry tuh comel sangat. hahhah. tengok muka diorang dah boleh gelak dah . tapi so far , okay la Man jadi juara sbb dia punye persembahan masa final pun okay jugak. masa muzikal komedi tuh , dia paling best la. huhu. takbole bela je dia describekan setiap patah perkataan untuk REMPIT. menjadi plak tuh. haha . untungla dia dapat 100 ribu , makan dia sorang je sebab yang lain kena bahagi dua . hukhuk.apa apa pun , tahniah la untuk Man sebab berjaya menjadi juara Raja Lawak musim ke 5 . terus qualified untuk Maharaja Lawak ! taksaba mak , nokk ! :D nak tengok finalis raja lawak yang dolu-dolu berentap sesama sendiri. mesti bingit show tuh :P

time aku tulis entri ni , hingus aku still meleleh-leleh keluar . ish , serius taksuke. kena pegang sapu tangan je sepanjang masa , runsing ialls. :( nasib taktumpah kat laptop aku ni udahh la :( sapesape ade ubat selsema yang mujarab , bolahla hantar kat rumah aku kat 247 , jalan meranti teluk intan eh? haha .

dan sekarang aku makin gemuk daripada dolu-dolu. lagi la aku taksuke ! niat nak diet , "esok aku mesti start diet.!" bile sampai esok , takjugak diet-diet. melantak jugak nasik banyak-banyak. ishhh. susah susah . esok nak start diet jugak ! apa pon nak jadi , jadi la . nak diet jugak. taknak makan ! :(

p/s : esok banyak kerja nak buat , kena keluar pagi-pagi. lagi lagi aku taksuke ! memang entri kali nie entri untuk taksuke je laa ! DAHSYAT bak kata Nazmi :P


much love ,

Tuesday, March 15, 2011

serious comel , cute , semua ada laa :)

tadi bukak beautifulnara.com . macam biasa , tengok gosip-gosip artis -.-" pastu nampak ada satu video klip nie , baru lagi kot sebab sebelum ni tak nampak pun ataupun saya memang tak up-to-date. hehe . bila dengar lagu nie dulu , best je dengar . ade message yang disampaikan untuk remaja macam kami. cewahh . haha . pastu tengok dia dah siap buat video klip. aww , bapak kreatif kaw. haha .



comel kan ? suke tengok muka ana raffali , mcam budak-budak je. hehe


pandai sapa yang produce video klip nie , idea dia segar gila. *bestnya kalau dapat mengarah video klip sendiri* huhu.

dengar tuh adik-adik , jangan pandang-pandang ,jangan pegang-pegang , duduk renggang-renggang eh ? confirm maksiat jauh . huhu :)

itu je sebenarnya , teruja tengok video ni sebab tuh share kat blog :)

p/s : bayangkan diri sendri dalam video klip tuh , auch . sambil main gitar *wondering*

much love ,

Monday, March 14, 2011

header comel , sapa nak tolong saya ? -.-"

ada sape sape tau nak buat header yang comel-comel ktne ? hukhuk. nak tau nie , teringin nak buat header comel. huuuu *nada sedih* boleh la , bagitau la. jangan la kedekut ilmu. nanti cikgu mawah bawu taw :(

bila blogwalking , tengok header budak-budak blog , rasa macam "eh , asal comel sangat ni? macam mana nak buat nie? gile kentang kreatif diorang." ok. saya tau saya tak up-to-date. huuu. kalau dah tau tuh , boleh la ajar saya macam mana nak buat . ke ada orang nak tolong buatkan untuk saya ? wahh ! saya bagi topup 3 ringgit , okay tak? -.-"

*nana , jangan la kedekut sangat . orang dah tolong buat , up la sikit harga topup tuh.*

okay okay. nana belanja korang makan family breakfast box kat mekdi , nak tak ? ^^ kita kan satu familyy , eh eh eh ? yang penting ajar nana buat header comel macam korang , pahala pon dapat . hah , kankan :)

p/s : makan cupcake gambar domokun , aww. tak sampai hati nak makan . comel sangat :)


much love ,

Sunday, March 13, 2011

lawak yang tak jadi ok?

tau takpe. aku tau sekarang memang takde sape yang tengah gelak sebab sesuatu yang lawak , sebab aku taknampak ape yang lawak pun sekarang nie. paham ? benda sekarang bukannye kes main-main ke ape , nie melibatkan nyawa , bencana alam , so tolong la lebih sensitif . jangan sampai orang mempertikaikan apa yang kita buat , satu dunia pandang serious pasal benda nie , kita boleh jadikan benda nie sebagai bahan lawak pulak. dahtu , takde sape nak gelak pon . kena kutuk ada la. haishh . ape la nak jadi. jangan terlalu nak melawakkan benda yang sedia serious , dan jadi lebih profesional. kalau lepas nie , benda nie jadi kat kita dan orang mempertikaikan benda tuh macam mana ? jadikan benda tuh sebagai bahan lawak , apa yang kita rasa ? tak ke keluar api kat dua-dua belah telinga nie. so fikir-fikirkan la perasaan orang lain sebelum buat sesuatu benda .



karikatur yang dilukis dan diletakkan dalam akhbar berita harian . hell-no , isu sensitif kot. jangan nak main-main sangat la !




upset gila bila baca , ini ke sensitiviti rakyat malaysia sekarang nie ? sampai benda yang serious pon boleh dibuat main-main . tau la rakyat jepun tuh popular dengan ultraman , doremon semua . tapi itu hanya sekadar pembuatan animasi , bukan untuk dijadikan benda yang realiti. faham kan ? be more profesional ok , budak kecik pun rasanya tau kot benda-benda macam ni.

update : makin lama makin meningkat jumlah korban yang ada kat jepun , hopefully yang masih selamat tuh dapat bertahan dengan tsunami ni. serious kesian . :(









p/s : always pray for their safety . sekarang , dunia dah akhir zaman . bencana alam mengelilingi kita sekarang nie :( ya allah , selamatkanlah aku dan keluarga aku . dan juga orang-orang disekeliling aku . aminn :(


much love ,

Friday, March 11, 2011

tsunami kat Jepun?

serious macam tak percaya bila dengar berita harini. tsunami kat Jepun pulak ke? haishh. kesian tengok mangsa-mangsa tsunami nie. setakat nie , 60 orang dah terbunuh disebabkan bencana alam besar ni. agak-agak , tsunami kat Jepun nie akan sama macam tsunami kat Acheh dulu ke? sedih tengok keadaan tempat diorg sekarang . and dikhabarkan , tsunami mungkin akan datang kat malaysia dalam pukul 6.30 petang . ya allah , mintak-mintak dijauhkan . :(






sedih sangat :( sekarang , bencana alam selalu datang kat dunia nie. alhamdulillah la negara kita jauh daripada semua tuh , harap-harap takkan la ada bencana-bencana besar melanda . aminn . kepada blogwalker , sama-sama kita doakan keselamatan diorang ok? and semoga semua nie berakhir dengan cepat , tak sanggup tengok diorang semua menderita. :(




much love ,

Thursday, March 10, 2011

malam sunyi.

aku dengar bunyi-bunyi cengkerik yang temankan aku malam-malam macam ni. rasa macam sunyi. kenapa? pastu bunyi katak plak sambungkan bunyi cengkerik. ok. aku paham . baru lepas hujan . sejuk . selimut. peluk aku sekarang. aku kesejukan . baby . temankan saya sekarang . saya sunyi. *senyap*

ok. merepek sebenarnya sementara tunggu mata nie ngantuk , so ayat pun ntah hape hape. so selamat malam semua pembaca . :)

much love ,

tips untuk kurus .

sape-sape kat sini yang memang dah kurus ? hah , dan sape plak yang kat sini yang nak jadi kurus macam saya ? ok. ramai . so boleh la post pasal tips nie :)

bangun pagi-pagi.

yang nie memang korang kena buat sebab kajian mengatakan kalau bangun pagi nie boleh menyegarkan badan dan sekaligus boleh menyihatkan badan korang . hello , takkan nak kurus je ? mesti nak sihat jugak kan , kalau kurus tapi banyak penyakit kat dalam , ape point jadi kurus ? tapi jangan la setakat bangun pagi je , buatla aktiviti apa-apa. lepas bangun tuh , keluar rumah hirup udara pagi. serious segar gila. sambil tuh , kalau rumah korang nie ada halaman keliling rumah try la berlari-lari anak *bukan lari dengan anak-anak ok* dua tiga round ke , bagi kuar peluh sikit. confirm mesti lepas tuh muka korang akan nampak cahaya nur nye . haha . nanti kalau keluar pergi jalan-jalan time malam , takpayah guna lampu jalan dah . muka korang dah bolehh menghiasi jalan-jalan yang korang lalu. ok . tuh nampak sangat menipu.

jangan terus baring selepas makan

tak kisah la makan apa , makan pagi ke makan tengah hari ke . tolong jangan nak baring-baring ke nak sandarkan badan kat katil ke. SAMA SEKALI DIHARAMKAN DARI MEMEGANG KATIL SELEPAS MAKAN. tau la dah penat mengunyah nasik kan , tapi dah tau namanya lepas makan jangan la nak menggatal pergi baring-baring la . kalau nak tengok tv , berdiri depan tv ke kalau takde sape kat belakang ataupon berdiri la celah sudut mana yang korang nak asalkan nampak kelibat si TV tuh then korang berlari setempat . jangan la ambik masa yang lama , just 10 minit macam tuh ke . tapi jangan la lepas makan tuh terus nak berlari , boleh muntah isi yang korang makan tuh . korang nak duduk kejap pon boleh , tapi JANGAN baring . itu je. kalau korang dah terlebih makan , korang boleh neutralkan balik dengan cara lari setempat . takpayah lari laju-laju la sayang oit. macam biasa je. kalau korang amalkan , insyalahh berat badan korang akan sentiasa maintain gitu . :)

bawak-bawakkan bersenam

yang nie pun memang digalakkan untuk semua orang , bukan untuk orang yang nak kurus je . tengok iklan jantung yang baru tuh tak? berapa orang kat malaysia nie dijangkiti menghidap penyakit jantung? so dah boleh la bawakkan bersenam okay? takpayah nak buat senaman yang teruk sangat la , macam yang saya cakapkan tadi , berlari-lari anak keliling rumah beberapa round pun dah dikatakan bersenam . asalkan keluar peluh . kalau anda tu ada kerajinan yang tinggi , pergilah joging dekat taman rekreasi ke ape ke. kadang-kadang kan ade kemudahan untuk bersenam kat situ kan? hah , sambil menyelam sedut-sedut la sikit air tuh . apa salahnya untuk kebaikan diri kita sendiri jugak kan? kalau korang selalu buat benda nie , lemak-lemak yang ada kat badan tuh sure akan undur diri dari hidup korang . percayalahh *background lagu siti nurhaliza*

makan sedikit tapi kenyang

kalau sebelum nie korang pulun dua tiga pinggan time tengah hari , sepinggan time malam , sepinggan setengah time pagi , memang tak dinafikan la geng lemak sedunia akan datang dalam badan korang tuh. cuba kali ni korang praktikkan "makan sikit tapi kenyang." sape kate makan sikit tak kenyang? boleh je. tapi pastikan lah makanan yang korang ambik tuh cukup khasiat dan cukup seimbang untuk diri korang . satu pinggan tuh , korang letak nasik satu cawan , sayur suku pinggan , ikan goreng seketul , buah dua tiga ketul , letak la kuah ape je yang korang nak. nak tambah daging ke ape ke boleh tapi jangan banyak. hah , try makan. kenyang , saya tak tipu. sebab bahan-bahan yang ada dalam satu pinggan makanan yang saya cakap tuh cukup untuk beberapa jam sebelum korang makan petang ke ape ke. dan sekaligus boleh menyihatkan badan korang tuh . nie kalau setiap kali makan , nasik satu gunung , ikan goreng , ayam goreng , sayur taknak plak letak. segala macam benda goreng kalau boleh korang nak sumbat dalam pinggan tuh. pastu dessert plak lagi , aiskrim la itu la ini la. ish . taknak lagi banyak ke? huhu. memang first-first perut korang susah nak terima makanan yang sikit , tapi lama-lama dia akan mula serasi dengan apa yang korang makan . so bila dah serasi , korang nak makan banyak pun korang rasa takde selera. :)

memasak

korang pernah memasak? best tak? sape yang pernah masak tuh mesti tau macam mana rasa penatnye memasak. hah , itu pon boleh jadikan senaman tuk korang yang nak kurus. bila korang kacau punye kacau punye kacau bila time masak , otot-otot kat tangan korang akan jadi mengecil. haha . yela , mesti la bila kacau kuah tuh kena selalu kan? *paham ke ape yang saya cakap nie?* kita pon selalu gunakan tangan untuk memasak , so pada sesape yang rasa tangan dia lagi besar boleh la rajinkan diri jenguk dapur tolong mak. serious boleh keluar peluh , takpayah nak pergi sauna dah . duduk je depan kuali dh ada wap percuma . peluh pun keluar , penat pun penat :) *ok. tips nie macam tak menjadi je.* haha


actually , dah takde idea nak bagi tips ape. tadi macam berduyun-duyun idea datang , tapi bila dah tulis terus idea pergi senyap-senyap. jahat tau. nanti kalau ade tips , saya bagitau lagi ye ? :)
sampai disini saja . see yaaa :)

p/s : sebenarnya tips-tips kat atas nie saya takpernah buat , tanya my baby. dia taula. haha . :P


much love ,

Tuesday, March 8, 2011

tempoyak + durian . heh ?

sape sini suka makan durian ? sila angkat tangan macam Usop. *meliang liuk* haha . tapi maaf , saya taksuka makan durian . :( hah , kenapa saya buat post pasal durian kalau saya taksuka? sebab saya suka-suka. haha . takde la , sebenonye teman nie minat bebeno le dengan tempoyak , cuma yang menjadi persoalannya tempoyak tuh datangnya dari durian . padahal nak hidu bau durian pon teman nak naik muntah , macam mane boleh ketagih dengan tempoyak? anda boleh bagi jawapan pada saya ?


teman boleh jadi seriau la bile nengok durian nie , rasa naik semua bulu-bulu roma .


saya naik pelik dengan perangai saya nie. katakan TIDAK pada durian , dan katakan YES pada tempoyak. siap boleh hirup lagi la kuah tempoyak ikan patin tuh. uishh . sedapp woooo :P ramai orang gelakkan saya sebab taksuka makan durian. *apalah kau nie , punye sedap durian ni kau boleh tolak , memang tolak tuah betul.* *lahh , awat kau taksuka makan durian? bukan femes ke durian kat tempat kau?* ok. itu memang fakta . tapi saya memang anti durian . tanya lah ibu kesayangan saya , dia tau la macam mane muka saya bila tengok diorang berhenti sebab nak beli durian. siap boleh tukar kereta dengan orang lain la sebab taknak hidu bau tuh. haha . tapi kalau melibatkan tempoyak , boleh merajuk la kalau dah beli tempoyak hari ahad tapi nak masak hari isnin. serious tak tipu. huhu. gulai tempoyak belum masak lagi ni , dah siap pegang cawan kat tangan sebab nak hirup kuah dia. huyo , dapat plak ikan patin masak tempoyak , perghh . meleleh-leleh air liur ni sampai kat tengkuk. berapa kali jangan nak cerita la , daripada setengah periuk boleh tinggal suku je la. haha .




ada plak pe'el sorang nie plak , punye anti dengan tempoyak tapi bila nampak durian , sampai dengan biji-biji dia nak gigit kalau boleh . bila jumpa orang macam ni , rasa nak marah je . asal kau taksuke dengan tempoyak hah? punya sedap tempoyak tuh ko boleh anti plak. ish , tolak rezeki betol. -.-

*ewah kau nana , cakap orang lebih. kauu tuh patut tengok dulu , ayat tuh patut bagi kat kau sebab kau taksuke kat durian. nie nak marah orang taksuke kat tempoyak plak. aku tempik baru tau.*

okay. sorry sorry. taknak cakap dah -.- *itupun nak marah-marah.*

so sesapa boleh bagi jawapan tak kenapa orang boleh taksuka kat durian tapi minat kat tempoyak , and kenapa orang boleh suka kat tempoyak tapi tak minat dengan durian? padahal tempoyak tuh asalnya daripada durian jugak kan. isi dia memang isi durian , bukan nye isi rambutan ke ape ke. and kalau makan secara mentah pon tetap rasa durian kan , tapi kenapa orang yang suke tmpoyak tuh kadang-kadang ada yang taksuka durian? siap boleh alah lagi kalau nampak durian. menjadi persoalan disitu ye ?

saya mungkin la boleh jawab sikit , mungkin sebab isi durian tuh dah disimpan beberapa hari sebelum menjadi tempoyak sebab tempoyak pon kinda masam jugak , tak macam durian . tapi kadang-kadang saya makan tempoyak mentah pun ada rasa durian jugak tapi saya bedal je sebab saya suka tempoyak bukan durian . and perkataan dia pun berbeza kan ? okay , itu memang LAMEEEEEE. :)

p/s : teringin nak rasa durian , tapi bila pikir kes kecik-kecik makan durian sampai sekarang terasa macam mana rasa tak sedapnye durian . maaf la kepada pencinta durian , saya takboleh la . sorry :(

Monday, March 7, 2011

faceblog :)

sedang berjalan-jalan disekitar blog blog orang , saya ternampak satu blog nie. actually , dah lama nampak arituh tapi masa tuh macam tak amik tau sangat . blog nie lebih kurang macam FACEBOOK , cuma yang lainnya nama dia FACEBLOG. comel kan ? :) so dengan rasa terbuka hati , saya pon follow la and ikut semua arahan yang dia suruh . ape la salahnya kan ? orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita rasa sama-sama . ok. sumpah lari tajuk. haha .

setelah di print screen , comel kan ? walaupun saya taksuke pink , saya tertarik jugak akhirnya :)




so kepada followers saya yang tak seberapa nie , follow la faceblog nie. mane tau boleh mengeratkan silaturahim antara blogger-blogger semalaysia nie . kankan ? tambah kawan , ape salahnya .


much love ,
nana saharuddin :)

Sunday, March 6, 2011

my style *gambar sahaja*

okay . saya beli tudung baru and sumpah saya taktau nak pakai camne . *gedikkss , main beli je kau kan?* tudung dia cantik , seriously. so saya dengan merasa megahnye memakainye secara main-main atau dengan nama manjanya mencuba dahulu . ok. takde kaitan . ini adalah sebahagian daripada gambar hodoh saya . silakan menatap :)



masa nie tengah over sebab pakai shawl nie menjadi , kalau tak mengembang sana sini . :)




ok. saya tau pipi saya sangat tembam . *abaikan baju yang saya pakai itu ok.* maluuu


motif : taktau , menggatal je sebenonye niee. huhu



mata saya pelik disitu. asyik nak menutup je sebelah tuh , sebelah lagi mata dah mcm stim . aiyoo
dua nama itu adalah seorang budak lelaki yang sama . harap maklum :)



terasa macam Heliza Helmi , haha . sumpah perasan . udah-udahla tuh nana oiii. haha



saya tau mata saya tak besar walau saya cuba besarkan sehabis mungkin. terpaksa akui mata saya kecik :(



takde. teman nak mengetry snap pakai phone nie , tengok lawo ke idok. bukan nak menunjuk. C3 je kot . hishh.


yang ini untuk awak my baby . i love you :) tengok tengok , ade nama awak. comel kan saya ? thx, saya tau :P



mak cukup tak berkenan saya buat mulut macam tuh. sumpah rasa macam quack quack , tapi tetap maintain . :) saya sukaaa pape ponn :D


okay . W stands for whatever , untuk sesapa yang benci saya . huruf W nie saya bagi awak ok? :)



saya tau saya gemuk. tengok tangan laaa :) dan still tak jadi nak tiru macam Heliza Helmi , dengan mata sepetnya . kalau pakai contact lens , mesti jadi. weee :P

Friday, March 4, 2011

BFF.




kawan . aku sayang kawan-kawan aku. sayang sangat. sape yang kenal aku , mesti tau perangai aku macam mana bila dengan kawan-kawan . aku jaga korang , jaga gila. kalau boleh , nak marah korang pon aku tak sanggup. prinsip aku , selagi berkawan jaga la perasaan dia walaupun aku sendiri yang terluka . its ok. aku tak kisah . sebab aku sayang kawan kawan aku.

tapi sekarang . semua dah lain . kawan terbaik aku dah jauh daripada aku. a'ah , aku rindukan semua kenangan kita. KENANGAN kita waktu kita sama-sama nangis dulu , sama-sama gelak dulu , sama-sama lepak dulu . semua macam dah jauh . kadang-kadang , kalau aku balik kampung aku mesti rasa bercinta sangat . sebab bila aku balik mesti aku teringatkan korang . aku lalu taman ni , aku ingat korang . aku lalu CC ni , aku teringat korang . boleh tolong aku macam mana nak lupakan semua ni? eh tak , aku takkan lupa. sebab tu je la kenangan yang aku boleh simpan dengan korang .

kadang-kadang rasa menyesal sebab tinggalkan sekolah terlalu awal. sedar-sedar , aku dah tinggalkan semua ni nak dekat 2 tahun . sedar tak sedar kan , aku rasa macam baru semalam je aku tinggalkan kawan-kawan aku kat sini. nangis sama-sama , janji itu ini. janji jangan lupakan aku . oh , aku rindu semua tu. serious aku rasa nak rewind semuanya . boleh tak?

sekarang semua dah buat haluan masing-masing . dah ada kawan baru , dah ada persekitaran baru. semuanya baru. nak balik macam dulu pon susah. kan ? tapi takpe. disebabkan kau dan kau sahabat sejati aku , aku still sayang kau. kita BFF kan ? :)

p/s : putarkan balik masa . balik ke 6 tahun lepas. oh , rindu gila :(

Wednesday, March 2, 2011

selesai :)

hey peeps :) hee , berhabuk la blog saya nie. jap eh ? *fuuhhh fuhhh* okay dah kilat balik , penat betul vacuum blog . -.-

kalau saya kilatkan blog saya pon , bukan ada sapa sapa baca , hehe . :P takpe , kilatkan utk pembacaan diri sendiri . huhu. ok dah start merepek. stop IT :)

btw , saya rindu nak perah perah otak tulis merepek-merepek dalam blog , tapi saya bizi. bizi layan suami , aucchh . haha . takde la , kidding . bizi buat kerja-kerja kat rumah , online pon dah jarang . i mean , dilarang online selagi dia tak online . haha . kdg2 je online , tuh pon tak smp beberapa minit , main game , tegur org sikit and then biarkan tergantung terus off.HAHA , jahat saya nie rupanya. act , malas nak online dah sebab saya tgk takda ape-ape yg boleh buat saya ghairah nak online . seriusly , facebook makin membosankan . *sigh*

berbalik kepada topik asal. mst pelik apesal la minah nie buat tajuk "selesai" padahal ape yg dia tulis macam lari tajuk. eh , sukati aku la nak tulis ape , lain dpd tajuk. kena main tarik tali , baru best . :P

berbalik kepada topik asal -.- malam tadi selesaikan permasalahan demi permasalahan dengan my baby . okay . im so sorry baby sebab buat awak nangis malam tadi. my bad. but i hope our conversation last night will be our last "bad" conversation okay ? serious sayang taksanggup nak bertengkar itu ini dengan baby lagi. i miss you so much okay ? dahla kita takdapat jumpa , and then bertengkar bagai mcm last night , sumpah sayang rasaaa ARGHH ! baby pon dah dengar kn semalam ? from the bottom of my heart , im really sorry . i didnt mean to hurt you. youre the one in my heart , dan takde sape boleh ganti . i just want you to know that . and i want to be the best for you baby . :(

and our conversation end at 2 am , bukan 2 pagi sgt la. lebih kurang kul 3 . and then saya suruh dia tidur , sian dia . im sorry sangat baby . dahla arini dia kena bangun pagi pegi kelas , nasib baik dia tidur dlm kelas tadi sbb dia masuk kelas biasa arini , tidur bebaik eh baby ? :) i love you so much .

okay . kitorang takkan dapat jumpe selama 3 month ! OH S*** ! taknak lagi lama ke ? hurm . bila pikir pasal nie , serious rasa tensen , nak tunggu 3 bulan tuh bukan lama . bukan mcm 3 hari . even 3 hari pn susah nak bertahan kalau tak jumpe , apetah lagi 3 bulan . sorry baby . :(

sayangg akan sentiasa doakan kita takkan bertengkar lagi , takkan gaduh lagi , and hubungan kita akan sentiasa wangi dengan kemesraan kita yg sayang rinduuuuuu sangat tuh . okay baby ? miss you so much :)

Tuesday, February 22, 2011

busy busy busy.

dah lama tak update blog. since duduk kat rumah , takde idea nak tulis ape lagi. and everything comes together. bad and good. ahh. i miss the old us. yahh , kami yg gila-gila dulu. and now , everything become so serious. between me and you. but its okay. walau ape pon jadi. saya tetap sayang awak , weee :)

actually , saya takde lah bizi mana ponn . duduk rumah , tidor , makan , msg my baby , makan , tidor , tgk tv. tuh je la -.- joging baru sekali , haha . cakap je nak kurus . haishh . takpe2. petang nie kite start joging balik eh ? woot woot :P

anyway , saya dah tuka nombor . sekarang saya pakai digi easy prepaid. ngeee :P maxis sekarang makin teruk la , sangat mahal dan menghabiskan duit saya tiap2 hari. so saya dan my baby decide nak beli digi . and ternyata pakai digi lagi jimat ! yeay. sejak sy pakai digi , belom pernah topup lg *bangga* ^^ call my baby free , msg free. semua free la. jarang dalam baki akaun kredit sy ada berbelas2 ringgit dalam 3 hari. auchh . :)

okay la . itu je yg nak disampaikan . kepala pening berpusing-pusing , bangun lambat td -.-

ALWAYS LOVEYOU HAZARUL IKHWAN :)

Thursday, February 17, 2011

rindu awak baby :(



cuma lagu ni je yang boleh teman saya time saya rindukan awak kan baby? rasanya kita baru je jumpa arituh , tapi sy dah rindu tahap gaban kat awak. hurm . harap awak pon sama :)

Wednesday, February 16, 2011

1 litre of tears .

saya sebagai budak "Sekolah" yang bercuti selama 3 bulan inginlah memanfaatkan cuti saya dengan melayan movie-movie yang ada dalam hard disk saya . setelah diteliti satu persatu , saya memutuskan untuk melayan cerita jepun , 1 litre of tears.

ok. sumpah formal gila. berbalik kepada ayat biasa.

aku dh tgk since hari isnin lepas , taknak banyak plak kan episod dia . tapi setiap episod mst nak nangis-nangis. taksuke betol mcm nie. huhu. tp serius , cerita dia sgt sdih. percaya la.

cerita nie based on true story la. mengisahkan tentang seorg budak perempuan Ikeuchi Aya . umur 15 tahun , dia ada penyakit "Spinocerebellar Degeneration". bayangkan dalam usia semuda tuh , dia kena pergi hospital banyak kali , jalani pemeriksaan , exercise bagai tapi last2 semua tuh tak berhasil sbb penyakit dia makin lama makin berkembang . so , dia luahkan semua perasaan dia dalam diari. apa yg dia rasa , sedih , putus asa. tp dia takpernah putus asa. sbb dia dapat sokongan daripada kawan dia , family dia , boyfriend dia. aww. boyfriend dia sumpah caring . sanggup defend diri dia waktu semua orang bercerita yg buruk pasal dia. ohh , so sweet. huhu.

apa yg aku bangga pasal budak nie sbb semangat dia kuat untuk teruskan hidup dia walaupun dia tahu jangka masa untuk dia habiskan hidup tak lama. dengan masa2 yang ada , dia habiskan dengan tulis diari. and semua ayat2 dia dlm diari sangat mmberi semangat kot.

"LIVE ON FOREVER."




aku try bayangkan diri aku dalam situasi dia. aku rasa aku dah terbongkang baring atas katil , tggu masa nak amik nyawa je. sbb kita dh tau yg kita takkan hidup lama lg kan ? tp kesian la bila dia dapat tau yang dia dah susah nak bercakap , susah nak berjalan , kena pakai kerusi roda. and setiap kali org tolong dia , dia mst akan ckp , "I'm sorry . I'm being a burden to everyone." ohh. sumpah sedih.

tapi semangat budak nie kuat sangat . atleast sepanjang kehidupan dia , dia dah cuba buat yang terbaik untuk beri kepuasan dalam hidup. sbb dia ada family , boyfriend yang sentiasa ada disisi dia. dan doktor yang selalu bantu dia. kehidupan dia lebih kat diari , sebab semua isi hati dia , dia luahkan dalam diari. smp dia mnx putus dgn boyfriend dia pon melalui pen , bukan percakapan .

serius kagum dengan cerita nie. sangat menyayat hati. masa dia mati tuh , sangat kesian. semua org yang kenal dia , datang kubur dia. bawak bunga , sbb dia ada cakap , "I want to sleep amongst a lot of flowers." so , apa yg dia hajatkan tuh jadi kenyataan . rasa beratus2 jugak la org datang ziarah dia. mencurah2 jugak la air mata aku masa tgk dia mati tuh. mak ayah dia pn dh tua dh. kira dia terseksa selama 10 tahun . lama kot. hurmm.

cerita ni banyak bagi pengajaran kat aku. untuk kita yang hidup , jangan la gatal-gatal nak sia-siakan ape yang ada. sbb kita taktau satu hari nanti , ape yang akan jadi kat kita . hidup ke sakit ke . so , hargai la setiap saat kehidupan kita . jangan nak buat benda-benda tak berfaedah . tgk macam dia , teringin sgt nak masuk U macam kwn2 dia . tp dia takdpat. so , aku . kenalah rajin belajar, jangan tau nak main je . bukan senang nak masuk U nie. kalau nak pikir org lain , org lain belum tentu lagi bertuah daripada diri aku. kann ?


girl sebenar yang dimaksudkan . :(

Thursday, February 10, 2011

makan mahal .

korang semua tahu apa tuh makan mahal? haha , alaa. makan mahal tuh simple je la , kita makan makanan yang mahal-mahal . contoh : secret recipe , papa john's pizza . tuh semua makanan mahal la tuh , dan kita makan makanan yang mahal mcm tuh.

saya ni bukan jenis yang terlalu mewah bila bab pemakanan ni , WALAUPUN saiz badan saya agak-agak macam ni , saya jarang makan makanan mcm nie DULU. sejak masuk MMU nie , baru saya kenal apa tuh kenny rogers , chicken rice shop , famous amous , haha . kenapa? nak kata saya menipu ke ? oh jangan . keluarga saya lebih mementingkan kesederhanaan . abah taksuka anak-anak dia membazir atas benda-benda macam ni. boleh makan , tapi jangan selalu. dan mak pulak bukan jenis yang suka makan benda-benda alah macam ni , dia lebih kepada kemelayuan . makan kat kedai tomyam , order ikan sekor , kangkung and tomyam pastu bawak anak-beranak dia makan lagi selesa. best pon best . saya setuju ! :) kami lebih suka lepak kat kedai-kedai tomyam macam tuh , baru sedap makan . ni nak makan nasik goreng ape benda ntah dah sampai 7 rggt lebih. padahal makanannya bukanlah sesedap mana pon. sedap lagi nasik goreng campak-campak saya je . :P tapi ye lah , saya bila dah sampai melaka nie baru kenal semua benda nie kan , so macam agak BATAK jugak la. hihi.

seronok memang seronok bila dapat makan mahal , tapi kena pastikan makanan yg mahal tuh sedap la. kalau tak , menggigil je tangan nak keluarkan berpuluh-puluh ringgit nak bayar makanan yang ntah hape hape. kann ? dan disebabkan makan mahal selalu la , saya sering kekurangan wang . isk isk. sedihh kot. sepatutnya 15 ringgit sehari untuk duit makan , tapi terpaksa pakai berpuluh2 ringgit sehari untuk makan makanan mahal.



sorry , gambar agak kecik :P



kalau dulu , masa stay kat ipoh . ade jugak la nampak kedai-kedai mcm nie , tp tk berani nak masuk . so just tau nama je la . kalau nampak kat iklan , rasa mcm teringin sangat . HAHA , sumpah takboleh blahh . mak abah takpernah ajar anak dia hidup mewah . lagipun kami bukanlah golongan kaya-raya so biar bersederhana sudahh. happy pon happy :) saya nie kiranya golongan yang agak mewah jugak la , sebab anak bongsu and selalu dapat apa yang saya nak. tapi saya jarang mintak pape kat mak abah . selalu mak abah yang bagi. tapi kalau duit , selalu la mintak . "mak , nak duit . nak beli topup." huhu. "mak , nak duit belanja . nak kua jap." hehe . sekarang dah takde dah mintak macam tuh . sbb dah dapat duit belanja sendiri kan ? dulu kalau pergi kedai ke mane mane ke , mst suke duduk dekat2 dengan mak mintak itu ini. kalau nasib baik , dapat la. nasib tak baik mesti keluar ayat mcm ni , "takcukup lg ke barang kat rumah?" haha . smp mak cakap saya nie kuat menempek mak. haha . tahu menempek tuh apa? menempek tuh lebih kurang manje2 dengan mak sebab nakkan sesuatu. haha . act , jawapan dia kurang tepat sbb saya taktau ape maksud dia. tau cakap je . :P macam yg saya ckp , saya taksuke meminta . terima kalau diberi. hehe . cume bile dengan mak tuh je , kadang2 nak manje sikit kan ? sbb tuh suke menempek dgn mak :P rindu mak ! :)

dah tahu dah , apa yang saya membebel kat atas nie macam dh lari tajuk . haha . cuma itu je la yang saya nak cakap pasal makanan mahal nie. so bagi student-student macam saya , kurang-kurangkan lah makan makanan mahal. jangan jadi mcm saya eh ? :P renung-renungkan dan selamat beramal :)

Monday, February 7, 2011

final exam .

ok. masa saya post entri nie , saya sudah berhasil menjawab dua paper untuk final exam kali nie. haha . so far , okay la. lebih calculation daripada theory. sumpah taknak jawab theory , penat kot nak hafal benda alah nie. haha . ok -.- tapi saya dah salin banyak notes theory , *menyesal aku tulis banyak2 , bukan masuk exam pon .*

so sekarang ada baki lagi 2 paper untuk jawab . satu paper kena jawab ari rabu , and satu lg hari jumaat . dan lepas tuh saya enjoy cuti 3 bulan ! yabedabedu !! :D rasa taksabar nak duduk rumah sahaja tanpa pergi kelas , buat tutorial , hafal itu ini. kehkehkeh . :P

tapi bila pikir balik , sedih nak tinggalkan melaka . 3 bulan bukan waktu yg kejap , *yeke?* yela. nak tinggalkan my roomiess , sian dia tido sorg2 3 bulan nie. huhu. pastu tinggalkan housemate , dh tkdapat nak gelak huhahuha lagi :( will miss you guys a lot ok?! *nada sedih*

dan yang paling penting , sedih nak tinggalkan my baby . 3 bulan kita takdapat jumpe baby , sehari pon dah terlalu lama , apetah lagi 3 bulan . auch ! pedih hati nie. huu :( tapi takpe , handphone ade kan ? nnt kita manje2 dalam phone tiap2 ari eh bagi ilang rindu ? huu.

takpe , sekarang nie berjuang untuk dua paper final nie ! aja aja gaduh ! :D

Sunday, February 6, 2011

i'm happy :)


kami jumpa lagi dan macam biasa , kami gembira bersama . :) kenapa? anda jealous? oh , tidak perlu sebab kami sama seperti pasangan lain . ada pasang surutnya . cuma kami lebih suka bila hubungan kami pasang sentiasa , tiada surutnya :) dan saya tahu , hanya dia yang saya mahukan :D

kami celebrate birthday kak anne merangkap roomate saya , hehe . serius have fun lepak dengan diorang . ade kak nana , kak anne , my baby , kak mira dengan bf dia. masa nak buat suprise , my baby sangat comel tlong saya prepare kek and lilin utk kak anne .tp malangnya , angin sangat kuat kat padang Dataran Pahlawan tuh , so lilin takbole nak pasang sebab akan sentiasa terpadam . geram tgk my baby berusaha nak hidupkan api kat lilin tuh . hehe . thx baby tolong saya :) bila dia dengan org lain , dia diam sangat . pemalu rupenya . hehe :p senyap je bile tengok saya gelak2 dengan kak anne kak nana . huhu. kadang2 je dia akan menyampuk buat lawak comel dia tuh . aww . awk nie memang buat saya tergoda la baby . hehe . tapi takpe , asalkan my baby tak pemalu dengan saya tuh pon dah cukup. hehe :)



baby, saya taktau saya jadi apa bila awak takde dalam hidup saya tau . so please , jangan tinggalkan saya ok ? :) iloveyousomuch .

lepastu kankan . hehe , malu nak cerita . tp nak cerita sgt .
kami pergi taman mini asean sbb kitorang dh blur nak pergi mana pagi tuh lepas pegi breakfast kat kedai roti canai biasa kami *padahal baru pergi dua kali* . sebelum tuh , kami pergi taman botanikal , tapi sumpah surrender sbb taman tuh sangat besar dan kaki kami serius lenguh kalau nak menjelajah taman tuh . cukup la sekali kaki saya penat bila berjalan kat zoo melaka . cuma tunggu dia dukung je , KALAU saya kurus. haha . so kami berjalan tanpa hala tuju and then ternampak taman mini tuh . so saya ajak la my baby pergi sana sbb rasa mcm teringin nak tengok isi kandungan taman mini tuh. huhu. masuk taman mini , tengok ade 13 rumah dalam taman rumah . and stiap rumah mewakili satu negeri. sedih sebab rumah perak langsung takde sambutan pape :(

masa kami masuk rumah kedah , kami sembang-sembang kosong dengan makcik yang masak2 kat rumah kedah tuh . dia cakap dia masak2 semua nie sebab nak buat promosi untuk warisan negeri kedah . ade bau laksa , serius terliur . huhu. pastu dia jamah kopi kedah dengan kuih , taktau kuih ape. tp sedap :) masa tuh , ade menantu makcik tuh . so kitorng bual-bual la , tny duduk mane . mentang2 my baby duduk kedah , so boleh la dia beramah tamah dengan makcik tuh. suddenly , saya dengar satu ayat . "kamu nie honeymoon ke ?" auch ! sumpah blushing gile. hahaha . dua kali benda tuh jadi kat kami and kami taktau kenapa. muka kami nie memang muka dah kawin ke? haha . lepas dgr tuh terus nak keluar sbb nak tahan malu. myb dia cakap cmtuh sbb dia nampak saya suap kuih kat mulut my baby. hehe :p my baby takdgr and dia nampak saya dh tersipu2 malu , dandan tuh jugak dia nak tau kenapa. mmg takbole la kan. haha . lepas dah salam2 makcik tuh , terus ckp . "makcik tuh ckp kite tgh honeymoon. haha ." terus gelak besar dia. jahat tau baby. huhu. tp serius rasa sangat sweet , sbb org pikir kami dh kawin . comelnya ! nak kawin dgn awak baby :p





masa nak hantar dia balik. adegan biasa la. air mata bercucuran . haha . saya taktau kenapa setiap kali hantar awak balik , saya nak nangis. padahal saya nie memang susah sgt nak nangis kalau takde benda yang bole buat saya nangis. huh. tapi awk dah ubah segalanya . awk nakal kan ? hehe . serius saya sedih sebab nak berpisah dengan awak lgi. lepas nie , kite jrang jumpe kan sbb saya takde kat melaka. dan saya akan rindukan awk baby . rindu sangat . :(


"hmm . jaga diri baik2 eh ? taknak nangis2 tau! nnt balik trus pg makan , mnd , and tido lepas tuh baru study tau ? ILOVEYOUSOMUCH! "

ermm . saya sayang awk sgt2 tau . sy nak awk tau tuh je . and we'll be together forver kan baby ? loveyoutoo :)