Friday, December 5, 2008

cinta sejati langit dan laut.

satu ketika dulu, LANGIT dan LAUT saling jatuh cinta. mereka saling menyukai antara satu sama lain. oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata "AKU CINTA PADAMU" ke telinga langit. setiap kali langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. suatu ari, datang AWAN.

sebaik melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh cinta pandang pertama terhadap langit. tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut antara satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. tetapi tentu sahaja tidak berhasil. lalu datanglah ANGIN yang sejak dulu mengetahui hubungan langit dan laut. angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi emlihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. kerana berasa terseksa dengan rasa cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. kita juga boleh melihat dimana mereka menjalin kasih. setiap kali memandang ke hujung laut, dimana ada satu garis diantara laut dan langit, disitulah mereka berpacaran.



persoalannya: mampukah kita bercinta sehebat langit dan laut? bolehkah kita mengatasi cinta sejati mereka? huhu..susah bukan? cinta mereka hingga akhir hayat.. cinta kita hanya mampu sebulan dua.. huhu.. kita boleh jadikan kisah cinta mereka sebagai panduan kita untuk bercinta dengan pasangan kita.. huhu..

p/s: huhu.. teringin nak jadi langit..bahagia sentiasa... :)) hai pacik ajin, jadilah macam laut.setia sungguh...

No comments: